LIGA SUPER MSIA

Liga Super: PDRM Bangkit atasi Negeri Sembilan

Muzaffar Musa 11/08/2024 | 14:56 MYT
NEGERI SEMBILAN 1 PDRM 2
PDRM bangkit dalam separuh masa kedua untuk menumbangkan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Paroi sebentar tadi.
R. Barathkumar terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-45 tetapi dua gol yang dihasilkan pelawat dalam tempoh lima minit babak kedua menterbalikkan keadaan itu.
Shahrel Fikri Fauzi menyamakan kedudukan buat The Cops pada minit ke-53 sebelum Bruno Suzuki memastikan kemenangan itu pada minit ke-58.
Dengan keputusan itu, PDRM melonjak ke tangga kelapan dengan lapan mata daripada tujuh perlawanan manakala Negeri Sembilan pula kekal di tangga kedua tercorot dengan hanya satu kemenangan.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Negeri Sembilan FC #PDRM FC
;