Kapten Kuala Lumpur (KL) City, Paulo Josue, kian menghampiri rekod legenda Singapura, Fandi Ahmad, sebagai penjaring terbanyak dalam tempoh semusim untuk skuad Warga Kota itu.
Pemain naturalisasi negara itu berjaya menambah koleksi jaringan peribadinya yang ke-16 musim ini iaitu ketika menyumbat satu gol ketika berdepan Perak di Stadium Cheras, malam tadi.
"Sukar untuk katakan selepas berehat panjang sejak aksi terakhir kami, saya rasa kami patut punyai perlawanan persahabatan untuk kembali dapatkan rentak kami kembali," katanya.
Untuk rekod, rekod penjaring terbanyak semusim bagi pasukan The City Boys dipegang Fandi menerusi 18 gol pada 1988.
Malah, Josue berpeluang untuk mengatasi rekod itu andai mampu menambah beberapa lagi gol dalam baki dua perlawanan liga bulan ini.
"Tidak juga, jika boleh saya akan bantu pasukan untuk menang. Rekod itu akan sentiasa di situ menjadi perbualan untuk semua orang, jika dapat saya gembira tetapi jika tidak tidak mengapa." tambahnya.