Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Park Jae-hong lega Kelantan raih kemenangan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kdn.jpg
Kemenangan pertama yang diraih Kelantan Darul Naim (KDN) dalam saingan Liga Super Malaysia 2024/25 melegakan pengendali pasukan itu, Park Jae-hong.

Menurut Park, pasukan kendaliannya berhak menang selepas menampilkan persembahan baik sepanjang perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

"Memang lega apabila kami akhirnya menang selepas empat perlawanan dan semua pihak berusaha keras untuk mendapatkannya di hadapan penyokong sendiri," katanya.

Tambahnya, percaturan pengurusan pasukan itu menjadi tetapi tiada tambahan jaringan selepas sepakan penalti Oday Kharoub.

"Bagaimanapun, perlawanan itu membanggakan saya kerana pemain membuktikan mereka sebenarnya layak mendapat keputusan seperti ini.

"Pemain cemerlang pada awalnya, namun sedikit tenggelam pada saat akhir. Ia sangat sukar tetapi kami berhak mendapat tiga mata yang sangat berharga," katanya.

Dalam perlawanan pada Ahad lalu itu, Kijang Emas mencatatkan kemenangan pertama melalui sepakan penalti Oday Kharoub untuk menewaskan PDRM 1-0.

--Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video