Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Panggilan kebangsaan bersama Jordan lonjak reputasi Mohammad Abualnadi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abualnadi.jpg
Pemain tengah Selangor, Mohammad Abualnadi, memberi jaminan akan memberikan aksi lebih baik menjelang pertemuan Liga Super dengan Terengganu di Stadium Petaling Jaya pada Sabtu ini.

Pemain kebangsaan Jordan itu baru sahaja pulang daripada tugasan antarabangsa dengan reputasi lebih baik selepas beraksi cemerlang menentang Korea Selatan dan Palestin bagi kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia selain turut terlibat dalam aksi persahabatan menentang Korea Utara sepanjang bulan lalu.

"Perkara paling penting ialah kami sentiasa fokus kepada diri sendiri, itu keutamaannya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Jika perkara itu diutamakan, kami dapat melalui semua perlawanan, tidak kira mudah atau sukar.

"Kami sedar mereka (Terengganu) mahukan tiga mata tetapi kami juga mahukannya.

"Walaupun kami sudah sah menjadi naib juara dan layak ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan, pada akhirnya kami pemain profesional dan kami sentiasa mahu menang," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video