Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Pakai baju raya, peminat Selangor-Terengganu boleh masuk percuma

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bajuraya1.jpg
Selangor melancarkan inisiatif murni kepada peminat tempatan bersempena meraikan Hari Raya dengan menawarkan kemasukan percuma terhad kepada 1,300 keping tiket sahaja di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 5 April ini.

Demi memeriahkan sambutan Aidilfitri, kedua-dua penyokong berpeluang menonton perlawanan Liga Super minggu ke-23 itu tanpa mengeluarkan sebarang wang dengan syarat menjadi yang terawal untuk menuntut tiket percuma tersebut.

 

Penyokong tuan rumah dan Terengganu wajib mengenakan pakaian tradisional Hari Raya seperti baju melayu dan baju kurung bagi mendapatkan tiket percuma berkenaan.

Kem pelawat hadir dengan misi utama untuk memperbaiki kedudukan selepas dipintas Kuching City dengan harapan tiga mata penuh berjaya dibawa pulang.

Sementara naib juara Liga Super itu pula tidak rela tewas di tempat sendiri.

Advertisement

Must Watch Video