Perlawanan Liga Super di antara Kelantan United dan Negeri Sembilan di Sultan Muhammad IV ditangguh ekoran cuaca hujan lebat.

Perlawanan yang dijadualkan bermula pada jam 9 malam terpaksa ditangguh kerana permukaan padang ditakungi air.

Selepas ditunda hampir dua jam, pegawai perlawanan kembali membenarkan perlawanan diteruskan malam ini.