Dengan aksi pertama Ronnie Fernandez buat Gergasi Merah pada perlawanan pertama, ada yang sudah bertanyakan tentang prestasi penyerang import itu selepas gagal menjaringkan gol menentang Kedah Darul Aman.
Namun Ketua Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, punyai pendapat berbeza berkenaan prestasi seorang penyerang import baru dalam pasukan.
"Berbual pasal penyerang ini satu perbualan sedikit sukar -- kebanyakan penyerang (import) dua tiga tahun sebelum ini sukar mendapatkan sentuhan penyudah di awal musim.
"Mungkin hanya jaringan belum diterjemahkan (dalam perlawanan), jika dilihat musim lepas, Ayron pun ada masalah dalam dua ke tiga perlawanan pertama," katanya di Nadi Bola.
Nidzam tetap yakin dengan Ronnie selepas dia tiada masalah untuk tonjolkan sikap dan prestasi baik dalam latihan dan mengharapkan menentang Negeri Sembilan, penyerang import itu mampu jaringkan gol pertamanya musim ini.
"Selagi Ronnie bekerja keras, selagi tumpuan dia dalam latihan tepat, selagi itu saya akan sokong dia dan selagi itu dia adalah pemain yang baik," tambah Nidzam.
Kamal Nizam
Sat May 25 2024