Tonggak import Terengganu, Nelson Bonilla, menganggap sepakan penalti yang disempurnakannya pada minit ke-80 perlawanan sangat penting bagi mendapatkan semula tahap keyakinannya selepas kemarau gol dalam saingan Liga Super untuk tempoh hampir empat bulan.
Tanpa berselindung, penyerang kelahiran El Salvador itu agak kecewa dalam beberapa siri perlawanan terdahulu berikutan gagal menemui sentuhan penyudah sebagaimana yang diharapkan oleh pasukan dan juga penyokong skuad Peteh.
"Saya adalah pemain import dan pasukan memerlukan penyudah.
"Sekarang fizikal saya berada di tahap yang lebih baik, saya harap dapat memberikan sumbangan lebih besar selepas ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, selepas perlawanan.
Dia memberi jaminan akan cuba sedaya upaya untuk bantu skuad kendalian Badrul Afzan Razali itu mencapai sasaran menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan tiga terbaik.
"Jaringan ini memberikan saya keyakinan memandangkan saya dibelenggu kekecewaan.
"Adakalanya saya bermain bagus tapi jaringan tidak terhasil tetapi itulah tugas hakiki seorang penyerang. Bermain baik atau tidak, yang penting adalah jaringan.
"Saya harap akan gol lagi yang menyusul," katanya.
Sejak menyertai Sang Penyu pada Ogos tahun lalu, Bonilla telah mencetak empat gol di pentas Liga Super dan Unifi Piala Malaysia.