Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Negeri Sembilan rombak institusi kejurulatihan, Azzmi Aziz naik pangkat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nsfc.jpg
Menjelang perlawanan minggu kesembilan Liga Super Malaysia, Juara Liga Perdana musim 2021, Negeri Sembilan, melakukan penstrukturan semula melibatkan barisan kejurulatihan akibat prestasi yang kurang memuaskan.

Memasuki perlawanan seterusnya bertemu pasukan Kedah, skuad Rusa itu sekadar mencatatkan satu kemenangan bertemu Sri Pahang bulan lalu, selain terpaksa akur merekodkan enam kekalahan termasuk bermain di halaman sendiri, Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

Kedukaan itu berterusan apabila turut disingkirkan daripada saingan Piala FA ketika aksi pusingan ke-16 bertemu gergagsi Liga Super, Selangor.

 
Skuad Hoben Jang Hoben itu bakal bertandang ke Stadium Darulaman tanpa kelibat jurulatih, Azzmi Aziz, yang kini secara rasminya menjawat posisi pengarah teknikal pasukan tersebut menggantikan Effendi Malek yang dinaikkan pangkat ke skuad utama sebagai penolong pengendali pasukan itu.

Kekosongan pengurus kelab akan disandang oleh bekas pemain kebangsaan, K. Nanthakumar, yang sebelum ini merupakan penolong jurulatih sambil dibantu oleh legenda pasukan Negeri Sembilan, K. Rajan.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video