Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Negeri Sembilan bangkit ikat Imigresen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imigresen-fc.jpg
Negeri Sembilan terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Imigresen 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Memburu kemenangan kedua musim ini, skuad Jang itu, bagaimanapun, dikejutkan dengan jaringan pembukaan Wilmar Jordan Gil pada minit ke-26, di mana penyerang kelahiran Colombia itu bertindak bijak menghidu lorongan gemilang Eduardo Sosa sebelum melepaskan rembatan kencang yang menewaskan penjaga gol, Azri Ghani.

Bagaimanapun, pelawat kembali menyamakan kedudukan dalam waktu kecederaan separuh masa pertama apabila Jovan Motika mudah menolak masuk lintangan A. Selvan, yang melakukan gelecekan menarik dari sebelah kanan.

kedua-dua pasukan saling merencanakan serangan dalam separuh masa kedua tetapi tiada sebarang pertambahan jaringan terhasil untuk Negeri Sembilan kekal di tangga kelima dengan lima mata manakala Imigresen pula di tangga ke-11 berbekalkan dua keputusan seri.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video