Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Abdul Aziz, dikhabarkan tidak akan bersama pasukan menjelang saingan Liga Super 2024/2025 minggu kelapan berdepan Kedah Darul Aman (KDA), Sabtu ini.
Mengikut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, tempat kosong yang ditinggalkan Azzmi itu bakal digantikan oleh penolong jurulatih, K. Nanthakumar.
Skuad Jang bakal berkunjung ke Stadium Darulaman dengan misi tiga mata untuk kembali mendapatkan rentak kemenangan selepas hanya meraih satu kemenangan dan enam kekalahan dalam tujuh perlawanan secara keseluruhannya.
Mengikut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, tempat kosong yang ditinggalkan Azzmi itu bakal digantikan oleh penolong jurulatih, K. Nanthakumar.
? Difahamkan Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Ab Aziz tidak akan bersama pasukan untuk aksi Liga Super seterusnya bertemu Kedah di Alor Setar pada Sabtu.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) August 15, 2024
Tugas ketua jurulatih dijangka akan dipikul oleh K. Nanthakumar.
Pengumuman rasmi menyusul. ?⚫?@ASTROARENA