Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super:  Negeri Sembilan azam perkemas permainan, ketua jurulatih tabik PDRM berjuang di sebalik kekangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

negeri-sembilan-vs-pdrm.jpg
Meskipun mengatasi PDRM 2-0 malam tadi, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, mengakui masih banyak kerja rumah yang perlu barisan kejurulatihannya lakukan, demi memastikan prestasi skuad Hobin Jang Hobin bertambah baik.

Dua jaringan tonggak import masing-masing menerusi Joseph Esso dan Jovan Motika sudah cukup untuk memastikan Sang Rusa mengecapi kemenangan ketiga Liga Super di laman sendiri musim ini.

"Kami gembira dengan tiga mata yang dikutip di tempat sendiri. 

"Kami mahu jadikannya satu gelanggang istimewa -- tanpa mengira apa yang berlaku minggu lalu (kekalahan besar kepada Selangor). 

"Ada beberapa perincian dalam bola sepak -- detik bertahan dan menekan pihak lawan -- yang perlu ditingkatkan. 


 

"Semua pemain bertahan dengan baik. Hari ini kami banyak melakukan larian tanpa bola, kami amat bertuah mendapat sumbangan daripada Esso. 

"Saya juga gembira kami tidak dibolosi," katanya. 

Di kem pelawat, pengendalinya, Eddy Gapil, memuji semangat juang dan komitmen yang ditampilkan pasukannya sepanjang 90 minit perlawanan, meskipun 'The Cops' sedang berdepan dengan isu luar padang membabitkan krisis kewangan kelab.

"Saya kena tabik mentaliti pemain atas apa yang ditampilkan. 

"Nak tak nak, mereka kena lakukan kerja mereka. Apa yang mereka tampilkan terutama dalam empat perlawanan terakhir adalah luar biasa. 

"Babak kedua kami lebih positif cuma kami dihukum dengan 10 minit awal dengan dua gol dan selepas itu agak sukar untuk kami menjaringkan gol. 

"Harapan kami kepada pengurusan PDRM FC adalah dapat ke arah yang lebih baik," katanya pula.
 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video