Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Nanthakumar mahu Skuad Jang kutip mata di Kota Bharu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nanta.jpg
Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV bakal menyaksikan dua pasukan yang menduduki kedudukan tercorot iaitu Kelantan United berdepan Negeri Sembilan, malam esok.

Selepas tewas kepada Penang di laman sendiri, misi Negeri Sembilan untuk bangkit mengubat duka tidak berjaya untu encetak sebarang mata dalam dua perlawanan berturut-turut.

Tiga mata penuh menjadi misi utama dan jurulatih Negeri Sembilan, K.Nanthakumar, berharap barisan pemainnya akan memanfaatkan peluang untuk mencipta kemenangan ke atas Kelantan Darul Naim dan meraih motivasi buat baki saingan liga nanti.

"Memang kami bersedia berdepan Kelantan, kami perlu kutip mata di sana. Ada baki dua aksi lagi, jika dapat raih mata di Kelantan, mungkin motivasi lagi tinggi untuk aksi terakhir nanti," katanya.






Sementara itum kapten Skuad Jang, Annas rahmat, mengingatkan rakan sepasukannya untuk tidak memandang rendah kepada pasukan lawan meski mereka tewas 0-9 kepada Johor Darul Ta'zim, Malah, Annas turut percaya skuad pasukan tuan rumah mampu bangkit dan memberikan tentangan sengit.

"Saya tidak boleh katakan mudah, setiap pasukan ada kekuatan masing-masing dan kami ada kekuatan kami. Kami tidak rasa mudah, mungkin Kelantan akan bangkit.

"Kami ke Kota Bharu dengan satu misi iaitu untuk menang, kami harap pemain beri terbaik." ujarnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video