Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Musim Kpah Sherman, Manuel Hidalgo bersama Sri Pahang sudah berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sherman-hidalgo.jpg
Sri Pahang akan merehatkan dua tonggak utama, Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo, menjelang aksi terakhir Liga Super menentang Penang di Stadium Temerloh malam esok.

Perkara itu dikongsikan ketua jurulatih, Fandi Ahmad, selepas dua pemain itu tidak dapat beraksi dalam final Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 26 April ini.

Sebagai rekod, Sherman, yang merupakan kapten Sri Pahang, terpaksa diketepikan daripada penentuan gelaran itu berikutan penggantungan perlawanan manakala Hidalgo pula merupakan pemain pinjaman daripada Harimau Selatan.

Ia bermakna musim kedua-dua pemain itu bagi edisi 2024-25 sudah berakhir.

"Kami perlu perbaiki permainan kami dan di samping itu, kami perlu memburu kemenangan untuk memberikan kami motivasi untuk berdepan JDT dalam (final) Piala Malaysia," kata Fandi kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Apa yang penting, kami perlu bermula dengan indikasi untuk menang dan kerana itu kami harus menguasai bola dan menyerang secepat mungkin.

"Apabila dapat menjairngkan gol, ia akan memberikan kami keyakinan untuk berjuang selama 90 minit," katanya.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video