LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Miroslav Kuljanac yakin kemampuan KL City berdepan Selangor
Kehilangan dua pemain utama, Nick Swirad dan Patrick Reichelt, disebabkan kecederaan menggusarkan pengendali Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac, menjelang pertemuan di antara Selangor dan The City Boys, malam ini.
Menurut Kuljanac, tempoh berehat yang terlalu panjang iaitu hampir sebulan juga membangkitkan kerisauan dalam menyediakan momentum pemain bertemu pasukan yang cukup bersedia sepenuhnya.
Begitupun, dengan jumlah pemain sedia ada dan segala bekalan taktikal yang dirancang, dia berharap anak buahnya mampu memberikan saingan yang kuat demi misi mengumpul tiga mata penuh.
"Perlawanan terakhir adalah pada 20 hari yang lalu dan kami beraksi dengan baik ketika itu.
"Kami bersedia untuk perlawanan walaupun mempunyai penggalaman yang mengalami kecederaan seperti Nick Swirad dan Patrick Reichelt, mereka tidak mempunyai masa cukup waktu untuk kembali pulih dan beraksi.
"Saya menjangkakan pemain saya akan memberikan yang terbaik dan bersedia berdepan mereka (Selangor) yang merupakan tiga pasukan terbaik di Malaysia serta mempunyai kualiti. Kami akan memberikan yang terbaik." katanya kepada Nadi Arena.