Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Miroslav Kuljanac, mengesahkan pasukannya terpaksa melupakan khidmat empat tonggak utama menjelang aksi minggu ke-24 Liga Super 2024/25 berdepan Perak di Stadium Cheras, Ahad ini.
Ini sususlan Kenny Pallraj dan Brendan Gan masing-masing berdepan penggantungan perlawanan manakala penyerang, Haqimi Azim Rosli masih belum cergas sepenuhnya selain penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam yang terpaksa disisihkan berikutan urusan peribadi.
Meskipun sedar tugas berat menanti pasukannya, pengendali kelahiran Croatia itu tetap menaruh kepercayaan penuh kepada barisan pemain sedia ada bagi menyekat hajat Sang Seladang untuk catat dua kemenangan berturut-turut ke atas skuad Warga Kota dalam kempen liga musim ini.
"Saya harap kami tidak kehilangan momentum kerana berehat panjang iaitu selama 30 hari. Kami miliki dua pemain yang digantung iaitu Kenny dan Brendan, Haqimi punyai masalah kecergasan dan Hafizul terdapat isu maka Azri Ghani akan gantikan dia," katanya.
Dia turut menggesa pasukannya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri bagi mengutip tiga mata berharga sekali gus menghidupkan peluang untuk menamatkan saingan liga di dalam kelompok liga pasukan terbaik.
Sementara itu, tonggak tengah KL City, Arif Shaqirin, memasang impian untuk catat kemenangan ke atas bekas pasukannya itu di Cheras.
Pemain berusia 24 tahun itu turut mengingatkan rakan sepasukannya agar sentiasa berwaspada dengan bahagian serangan Perak yang diketuai duo import iaitu Luciano Guaycochea dan Clayton Da Silva.
"Saya rasa lebih sebulan ini dapat hilangkan sedikit momentum, jika dapat kumpul mata dalam baki tiga perlawanan ini kami akan berada di tempat kelima dalam liga." tambahnya.