Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Miroslav Kuljanac cari ramuan rahsia isi kekosongan Jovan Motika

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

miroslav.jpg
Kehilangan khidmat Jovan Motika akibat penggantungan perlawanan merencatkan percaturan ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac, menjelang pertemuan menentang Kuching City di tempat lawan, esok.

Di sebalik kecelaruan tersebut, Miroslav dilihat sudah menyediakan pelan sampingan untuk menghadapi situasi itu apabila kehadiran semula tonggak utama, Giarcarlo Gallifuoco, menjadi pertahanan utama skuad Warga Kota.




"Kami mempunyai solusi lain bagi menggantikan peranan dia tatkala siapa sahaja yang menjadi pilihan saya perlu mempamerkan persembahan terbaik.

"J.Partiban, Sean Giannelli atau Zhafri Yahya menjadi antara pemain yang akan mengisi kekosongan tersebut," katanya.

Sementara itu, Nick Swirad sedang mengintai peluang untuk kekal berada dalam kesebelasan utama KL City setelah beraksi cemerlang ketika membantu rakan sepaksukan menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN), Jumaat lalu.

Pemain warisan negara itu turut menyumbat gol yang juga merupakan jaringan pertamanya bersama The City Boys musim ini.

"Ketika saya mengharungi musim terburuk dalam karier saya sebagai pemain bola sepak profesional jadi perlawanan lalu menjadi titik perubahan saya di mana saya berjaya jaringkan gol dan mahu kembali mendapatkan prestasi semula.

"Tahun yang sukar buat saya kerana jarang mendapat peluang terbaik, namun saya harus bekerja keras untuk membuktikan sesuatu," luahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video