Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: MFL tetapkan gaji siling 80 peratus dalam FFP

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl-new.jpg
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan pelaksanaan sepenuhnya Financial Fair Play (FFP) yang mula diperkenalkan musim lalu dengan menetapkan mekanisme gaji siling (salary cap) sebanyak 80 peratus kepada setiap kelab musim ini.

Pelaksanaan itu menyaksikan kelab tidak dibenarkan membelanjakan lebih 80 peratus daripada jumlah bajet tahunan mereka untuk pembayaran gaji. Ini adalah langkah penting untuk mengawal perbelanjaan kelab agar tidak membebankan aliran tunai (cash flow) dan dapat memberi keutamaan kepada pembayaran gaji secara konsisten.

"Langkah MFL ini bagi memastikan setiap pasukan Liga Super berada dalam keadaan kewangan yang stabil dan mampan. Melalui pelaksanaan FFP bermula dengan pengenalannya musim lalu, MFL berusaha menanam budaya tanggungjawab kewangan, ketelusan, dan pengurusan profesional dalam kalangan kelab.

"Ia bukan sekadar memastikan kelab dapat bersaing secara adil, tetapi juga untuk melindungi kelangsungan kelab dalam jangka masa panjang," kata kenyataan itu.

Sebagai langkah tambahan, bermula musim 2025–26, pemantauan akan dijalankan melalui dua penyerahan utama sebelum musim bermula – Penyerahan Bajet dan Penyerahan Pra-Musim – serta lima penyerahan berkala sepanjang musim Liga Super.

Dokumen kewangan seperti penyata interim, penyata pendapatan dan perbelanjaan, serta akuan tiada tunggakan kepada kakitangan dan agensi berkaitan akan diteliti secara menyeluruh oleh Unit FFP. Kelab yang gagal mematuhi akan dikenakan tindakan seperti mana merujuk kepada peraturan MFL Financial Fair Play Edisi 2025-26.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video