Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: MFL harap kelab teruskan inisiatif tarik minat penyokong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Mohd Shazlee Shaik Mohd, beranggapan kehadiran penyokong ke stadium pada minggu pembukaan Liga Super 2025/26 sebagai memberangsangkan. 

Dia menjelaskan sambutan hangat penyokong daripada beberapa pasukan membuktikan aura liga tempatan terus mendapat tempat di hati peminat sekali gus mencerminkan perkembangan positif industri bola sepak negara. 

"Kami melihat petanda positif kepada Liga Malaysia terutamanya kepada dua pasukan yang meraih tontotan fizikal tidak baik.

"Contohnya aksi di Penang dan Kuching meraih penonton yang banyak, ia sesuatu yang baik dan teruskan membawa penonton ke stadium," katanya.

Saingan minggu pertama menyaksikan tiga venue mencuri tumpuan iaitu ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor selepas mencatatkan kehadiran lima angka yang berjumlah 32,777 penonton di Stadium Sultan Ibrahim. 

Manakala, pertembungan antara Penang dan Terengganu di Stadium Bandaraya menarik kehadiran hampir lima ribu penyokong walaupun dalam keadaan cuaca hujan.

Perlawanan antara Kuching City bertemu Kelantan The Real Warriors pula mencatatkan kehadiran lebih daripada 4 ribu orang di Stadium Negeri, Kuching, apabla jumlah yang lebih banyak berbanding kebiasaan. 

"Sangat positif, meskipun hujan penonton kekal dengan baju hujan untuk berikan sokongan. Mungkin aksi itu berskala besar Ketika Penang berdepan Terengganu.

"Begitu juga di Kuching, tarikan yang dilakukan pasukan menarik penonton untuk hadir ke stadium memberikan sokongan." tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video