Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Menang lawan Penang, Kelantan TRW kini di belakang Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trw.jpg
Kelantan The Real Warriors (TRW) memperoleh kemenangan sulung Liga Super apabila menewaskan Penang di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Selepas mengutip dua keputusan seri dan satu kekalahan, skuad kendalian E.Elavasan itu dalam misi mendapatkan tiga mata penuh sebelum saingan liga berehat demi memberi laluan kepada tugasan negara dalam kalender Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Jaringan tunggal perlawanan hadir pada minit ke-28 menerusi Ifedayo Olusegun selepas situasi pemain tuan rumah lambat mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya. 

 

Rembatan deras itu menewaskan bekas penjaga gol Harimau Malaya, Khairulazhan Khalid, sekali gus memberi kelebihan kepada TRW.

Kini, pelawat menduduki tempat kelima dengan lima mata di belakang Selangor. 
 

Advertisement

Must Watch Video