SRI PAHANG 1 MELAKA UNITED 2
Melaka United bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sekali gus mencatatkan kemenangan pertama musim ini.
Hasrat Sri Pahang untuk meraih kemenangan pertama, selepas dua kali dikecewakan keputusan kontroversi pengadil dalam perlawanan terdahulu, kelihatan bersinar-sinar apabila pasukan tuan rumah itu mendahului seawal minit kelima.
Ini selepas Mahmoud Za'tara menyempurnakan sepakan penalti selepas insiden Manuel Hidalgo dijatuhkan Syazwan Andik Mohd Ishak.
Bagaimanapun, Melaka United kembali mengikat kedudukan selepas enam minit babak kedua bersambung, di mana Emmanuel Oti melepaskan rembatan jarak jauh dari luar kawasan penalti untuk menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa.
Nasib malang Sri Pahang berterusan pada minit ke-63 apabila Azwan Aripin dilayangkan kad kuning kedua gara-gara tindakannya menjatuhkan Oti.
Keadaan itu dimanfaatkan sepenuhnya pelawat untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-70 hasil ledakan kaki kanan gemilang Hasbullah Abu Bakar.
Dengan kemenangan itu, Melaka United melonjak ke tangga kelapan Liga Super hasil himpunan empat mata manakala Sri Pahang pula kian terperosok di tangga ke-10 dengan satu mata dan hanya dibezakan jumlah jaringan dengan Sarawak United di zon penyingkiran.
*Kredit foto: Melaka United FC