Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Melaka tidak gentar 'bedilan' PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

k-devan.jpg
Melaka menyasarkan kemenangan pertama menjelang aksi Liga Super menentang PDRM di Selayang malam esok.

Skuad bimbingan K. Devan itu terikat 1-1 dengan Penang dalam aksi pertama pada 13 Ogos lalu sebelum tewas 0-2 kepada lawan sama dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala FA empat hari kemudian.

Meskipun tewas, Devan percaya anak buahnya sudah menunjukkan peningkatan dan bersedia untuk menghadapi The Cops di laman lawan itu.

"Kalau kita bandingkan perlawanan pertama dan kedua, kami berdepan lawan yang sama, iaitu Penang," katanya kepada Astro Arena.

"Ada peningkatan dalam perlawanan kedua tetapi keputusannya tidak begitu baik seperti perlawanan pertama.

"Kami sudah mengenal pasti segala kelemahan dan saya sedang memperbaikinya dalam sesi latihan.

"Pertemuan dengan PDRM merupakan pasukan berbeza dan kami akan bermain di tempat lawan buat kali pertama.

"Kami perlu fokus dan berdisiplin serta bertahan secara berpasukan dengan baik."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video