Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Mario Arques hampir pasti sertai PDRM daripada Kelantan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mario-arques.jpg
Khabar angin mengenai kapten Kelantan FC, Mario Arques, yang dikatakan akan menyertai PDRM FC, semakin menjadi kenyataan selepas pengurus The Cops, Shamsul Hisham Abd Razak, berkongsi bahawa urusan perpindahan pemain tengah itu sudah 90 peratus selesai.

Shamsul Hisham turut memaklumkan bahawa pasukan itu sudah menyenarai pendek calon ketua jurulatih baru pasukan itu bagi menggantikan Azzmi Aziz dan ia dijangka akan diumumkan hujung bulan ini.

Kehadiran Mario Arques dalam skuad Sang Saka Biru itu akan menjadikannya pemain import kesembilan mereka musim ini.

Pemain kelahiran Sepanyol itu diharap dapat membentuk gandingan mantap bersama Marcus Macauley dan Fadi Awad di enjin tengah PDRM.

Shamsul Hisham berkata kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz: "Kami sudah di peringkat terakhir, di mana dia sedang menilai kontraknya, jadi di peringkat ini, dia sudah berjumpa dengan pihak pengurusan PDRM, jadi kami sedang menunggu pengesahannya selepas dia menandatangani kontrak.

"Buat masa ini, saya boleh katakan yang ia sudah 90 peratus.

"Kami kini sudah memiliki sembilan pemain import (termasuk Mario Arques), jadi kuota kami sudah penuh.

"Tetapi ia bergantung kepada barisan kejurulatihan kerana kami ada tempoh sebulan ini. Jika kami perlukan penambahan (pemain lain), kami akan mengurangkan salah seorang daripada mereka.

"Setakat ini, saya boleh katakan tiada penambahaan kerana Mario akan masuk," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video