Liga Super Malaysia atasi Liga Thai 1 & Liga 1 Indonesia


Julai 10, 2024 11:32 MYT
Liga utama bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia menjadi liga kedua terbaik ASEAN daripada segi purata kehadiran penonton untuk musim 2023/2024.
Menerusi data yang dikeluarkan oleh laman sosial ASEAN FOOTBALL itu, Liga Super Malaysia secara puratanya merekodkan kehadiran seramai 5331 orang, berada di tempat kedua di belakang Liga 1 Vietnam iaitu seramai 5890 orang.
Dalam senarai tersebut turut memperlihatkan Liga 1 Indonesia berada di tempat ketiga untuk purata kehadiran dengan jumlah seramai 5235 orang dan Liga Thai 1 di kedudukan keempat dengan purata 4698 orang.
Hal ini menunjukkan kehangatan & keterujaan Liga Super Malaysia dalam kalangan penyokong bola sepak Malaysia masih berada di tahap yang terbaik untuk terus menyokong pasukan-pasukan kegemaran mereka, sekaligus dengan sokongan ini akan meningkatkan nilai komersial kelab dan akan menarik minat penaja-penaja untuk membuat pelaburan ke atas kelab mereka.
#liga super #bola sepak #MFL
;