Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Liridon Krasniqi harap Kedah pertimbang hasratnya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liridon.jpg
Pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi, sekerasnya mahu menyarung kembali jersi pasukan kesayangannya, Kedah Darul Aman, selepas menyaksikan kekalahan kedua berturut-turut kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain yang mesra disapa sebagai Mat Don itu meluahkan hasratnya dalam ruangan komen Instagram rasmi kedahdarulamanfc untuk memanggilnya semula bermain bersama kelab tersebut.

Pemain berusia 32 tahun itu jelas mahu membantu skuad Sang Kenari memperbaiki prestasi dalam baki saingan liga sambil meminta pihak pengurusan tertinggi Kedah menelefonnya semula.

Akibat daripada reaksi bekas pemain JDT itu, pelbagai respon menarik diterima daripada peminat tempatan yang mahu melihat Liridon pulang semula ke Stadium Darulaman.



Kali terakhir pemaintengah itu bermain di Liga Super adalah pada tahun lalu ketika menyaksikannya mewakili naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu.

Dalam masa sama, bekas pemain import kelab utara Tanah Air itu, Renan Alves, turut mengucapkan kata-kata semangat buat pasukan anak-anak buah Nafuzi Zain itu selain mahu Kedah bangkit lebih hebat menjelang perlawanan seterusnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video