Di sebalik kekalahan 1-4 di tangan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam perlawanan pertama Liga Super mereka semalam, ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim, tetap memuji anak buahnya.
Menurutnya, biarpun ia bukan keputusan yang diharapkan, pemainnya tetap menunjukkan persembahan yang baik.
Katanya, anak buahnya tidak mudah mengalah bermain dengan pasukan yang berpengalaman serta memiliki ramai pemain import.
"Mereka bermain bersungguh-sungguh tetapi kami akui agak sukar dengan kekurangan dua pemain. Saya puas hati dengan pemain-pemain saya walaupun tewas 1-4.
"Walaupun kekurangan pemain, mereka tetap menunjukkan semangat melawan," katanya selepas perlawanan Liga Super itu di Stadium Perak di Ipoh.
Dalam pada itu, Teong Kim akan membuat analisis perlawanan dan berbincang dengan pemain untuk memperbaiki kelemahan menjelang aksi kedua nanti.
Dia mengakui pemainnya perlu lebih tenang di padang, di sebalik layangan dua kad merah.
Mengenai pengganti Ahmad Haziq Ahmad Puad dan Sunday Afolabi menjelang perlawanan kedua bertemu PDRM FC nanti, Teong Kim yakin mempunyai pilihan pemain.
Sementara itu, pengendali KDA FC, Nafuzi Zain, nyata gembira dengan prestasi anak buahnya.
Jelasnya, walaupun mereka bermain bukan di tahap sebenar, kemenangan tersebut merupakan suntikan semangat dalam mengharungi perlawanan seterusnya.
Dalam perlawanan pertama menentang Perak FC itu, KDA FC menjinakkan tuan rumah di hadapan lebih 15,000 penyokong.
Kredit: Sinar Harian