Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kuljanac pertaruh Haqimi Azim sebagai penggempur utama KL City hadapi Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haqimi-azim.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac, merayu agar pemain tempatannya dapat memikul tanggungjawab pada ketika pasukan itu dibelenggu kejatuhan prestasi dan masalah kecederaan.

KL City ketika ini jauh daripada bayangan pasukan ampuh ekoran ketiadaan pemain utama sejak beberapa perlawanan lalu.

Menjelang aksi Liga Super menentang Terengganu di tempat lawan pada Jumaat ini, The City Boys akan bergantung harap kepada penyerang muda, Haqimi Azim Rosli, sebagai penggempur utama bagi menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa kemenangan.

"Anda boleh lihat sendiri di TV bagaimana prestasinya (Haqimi Azim)," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

"Tetapi saya tidak boleh menilainya berdasarkan beberapa perlawanan lalu.

"Dia akan menyerlah, saya sudah berjumpa dan bercakap dengannya bahawa dia perlu memberikan sesuatu yang lebih.

"Dia perlu lupakan kesilapannya ketika menentang Hanoi (dalam Shopee Cup), mungkin saya menjangkakan dia dapat melakukan serangan balas dengan lebih pantas dan dia juga memiliki peluang untuk melakukannya.

"Tetapi sudah sampai masanya untuk dia memikul tanggungjawab dan perlu meningkatkan diri dalam kedua-dua aspek, daripada segi bertahan dan perlu lebih berbahaya ketika melakukan serangan.

"Ini adalah waktu paling sempurna buatnya, berbaki tujuh perlawanan, masa terbaik untuk membuktikan kualitinya.

"Saya sudah memberitahu apa yang perlu dilakukannya dan kini ia terpulang kepadanya.

"Dia sudah mula menjalani latihan dengan sebetulnya dan mendengar apa yang saya katakan kepadanya.

"Kita akan melihatnya di atas padang nanti," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video