LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Kuching City bangkit atasi Perak di Ipoh
PERAK 1 KUCHING CITY 2
Kuching city bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Perak 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Ipoh sebentar tadi.
Perak terlebih dahulu memecahkan kebuntuan seawal minit kelapan apabila ketua pasukan, Wan Zack Haikal Wan Noor, melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti yang tepat ke jaring lawan selepas menerima hantaran Luka Milunovic.
Iklan
Keputusan itu kekal sehingga ke bilik persalinan tetapi cerita dalam babak kedua memihak sepenuhnya Kuching City.
Jordan Mintah mengikat kedudukan buat pelawat pada minit ke-68 dengan menanduk masuk bola daripada sepakan percuma Petrus Shitembi.
Berselang sembilan minit, Thcetche Kipre menjaringkan gol kemenangan buat pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak itu, di mana dia melakukan lambungan untuk memperdayakan penjaga gol, Ramadhan Hamid, yang sudah keluar dari kawasannya.
Dengan kemenangan itu, Perak melonjak ke tangga keempat liga dengan 10 mata hasil kemenangan kedua musim ini.
Perak pula berada di tangga kesembilan dengan enam mata.
Must-Watch Video