Liga Super: Kualiti permainan Arif Aiman bukan lagi di Liga Malaysia
King Hisyam
September 23, 2024 14:21 MYT
September 23, 2024 14:21 MYT
Penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim Arif Aiman Hanafi disifatkan sebagai seorang pemain yang sudah memiliki kemampuan yang melebihi level sepatutnya yang ada dalam kancah domestik di Malaysia ketika ini.
Menurut pemerhati sukan tanah air, S. Subramaniam pemain itu tidak lagi boleh kekal dalam kancah liga tempatan seandainya mahu melebarkan lagi bakat yang dimilikinya di sini.
"Untuk menaikkan lagi level dia ya, dia perlu lebih banyak lakgi bermain dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit ataupun mana-mana loiga di luar negara. Boleh saja di bermain di liga Jepun ataupun
mana-mana lagi liga negara luar yang lebih mampu memberikannya cabaran." Jelasnya dalam satu program Astro Arena pada Ahad.
Menurutnya lagi ia perlu memandangkan pemain itu masih lagi muda dan memiliki potensi yang besar untuk dikembangkan lagi selain memiliki kualiti permainan yang cukup matang.
Pemain yang kini berusia 22 tahun itu setakat ini telah membuat enam penampilan bersama JDT dalam kancah Liga Super 2024/25.
Bagaimanapun beliau ketika ini merekodkan hanya satu jaringan setakat ini dengan lima bantuan yang berhasil mencipta jaringan.