LIGA SUPER MSIA

Liga Super: KL City tewaskan Sabah, Paulo Jouse kini penjaring terbanyak sepanjang zaman

Saufi Tahir 31/07/2024 | 14:41 MYT
Kuala Lumpur City berjaya meraih kemenangan selepas menewaskan Sabah 3-0 di Stadium Cheras dalam saingan minggu ketujuh Liga Super 2024/2025, sebentar tadi.
Jaringan skuad kendalian Miroslav Kuljanac hadir menerusi jaringan sendiri Ko Kwang-min dalam separuh masa pertama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dua lagi gol hadir menerusi kapten pasukan Paulo Josue melalui sepakan percuma di luar kotak pada minit ke-62 dan Zhafri Yahya pada minit ke-88 untuk memastikan skuad warga kota itu meraih kemenangan bersih di laman sendiri.
Jaringan itu sekali gus menjadikan dia sebagau penjaring terbanyak sepanjang zaman buat KL City dengan 67 gol menyamai rekod yang dipegang oleh bekas penyerang pasukan itu Fandi Ahmad sepanjang kariernya bersama kelab itu.
#liga super #bola sepak #sabah #KL City
;