Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: KL City menang tapi Bojan Hodak kecewa lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bojan-hodak.jpg
Isu mutu pengadilan saingan Liga Super musim ini terus menghantui pengendali Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, biarpun The City Boys melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

Selepas mengemukakan aduan berhubung isu mutu pengadilan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Februari lalu ketika KL City seri 2-2 menentang Penang FC di Cheras, pengendali dari Croatia berusia 52 tahun itu menegaskan akan mengambil tindakan sama terhadap pengadil perlawanan kali ini, Fitri Maskon.

“Sejujurnya, saya tidak gembira dengan mutu pengadilan dalam perlawanan ini.

“Saya akan membuat laporan melalui saluran yang betul,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Kota Bharu itu.

Bagaimanapun Hodak tidak memperincikan perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hatinya.

“Saya tidak boleh memberikan komen lanjut kerana bimbang dipotong gaji,” ujarnya.

FAM sebelum ini mengulangi pendirian sentiasa bersikap terbuka terhadap sebarang pandangan berkaitan isu pengadil demi kebaikan arena bola sepak negara.

Malah, badan induk bola sepak negara itu menegaskan segala aduan boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Penilai Prestasi Pengadil.

Dalam perlawanan itu, gol KL City dijaringkan T. Saravanan pada minit ke-17, Sean Giannelli (m-23) dan Paulo Josue (m-75) manakala Kelantan United membalas menerusi sepakan penalti Devid Silva pada minit ke-34.

Aksi berintensiti tinggi kedua-dua pasukan itu juga menyaksikan Fitri melayangkan sebanyak lima kad kuning kepada pemain KL City dan dua kepada Kelantan United.

Selain itu, Fitri juga menghadiahkan dua sepakan penalti kepada Kelantan United dan satu buat KL City.

Mengenai perlawanan itu, Hodak memuji aksi pemain-pemainnya sambil menegaskan pasukan pelawat berkenaan layak meraih kemenangan ke atas skuad Kijang Hijau itu.

“Mereka hasilkan tiga gol ke atas Kelantan United yang tampil dengan corak permainan begitu tersusun walaupun berada di tangga tercorot liga.

“Kelantan United bermain dengan baik dan sentiasa berusaha memberikan tekanan yang akhirnya dijelmakan dengan satu gol,” katanya lagi.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video