Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: KL City akui pincang tanpa Kamal Azizi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kamal-nizam.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac, mengakui mempunyai kebimbangan lebih besar setelah tonggak utamanya, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri, terpaksa diketepikan dalam beberapa perlawanan Liga Super 2024-25 selepas ini.

Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 dengan Kuching City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad lalu.

Pemain yang pernah mengalas cabaran Terengganu FC itu terpaksa dikeluarkan pada minit awal permainan selepas mengalami kecederaan pada bahagian tangannya selepas terkena sepakan pemain pertahanan Kuching City.

Bagi Kuljanac, kecederaan Kamal Azizi secara tidak langsung mengganggu persiapan pasukannya, terutama apabila The City Boys menerima kunjungan penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), pada 25 Mei depan.

Tambahnya, dia akan menunggu laporan perubatan rasmi mengenai pemain pertahanan itu sebelum merancang taktikal The City Boys menjelang perlawanan menentang Harimau Selatan.

“Buat masa ini, saya akan menunggu laporan perubatan sebelum perancangan perlawanan seterusnya dirancang,” ujar Kuljanac.

--Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video