Liga Super: Khuatir situasi semasa kem Penang

Shaiful Shamsudin
Oktober 31, 2024 19:04 MYT
Situasi tegang kem latihan Penang menjelang pertemuan bersama Terengganu, esok, menggusarkan penolong jurulatih, Mat Saiful Mohamad, terhadap mutu persembahan yang bakal dipamerkan dalam pertemuan Liga Super itu.
Ini memandangkan kemenangan terakhir Sang Harimau Kumbang direkod adalah pada Ogos lalu, tambah parah kekalahan 0-4 di tangan Sabah di tempat sendiri minggu lalu.
Selepas dua tonggak utama terpaksa direhatkan ekoran kecederaan, dua lagi pemain perlu menjalani penggantungan iaitu Adib Raop dan Fairuz Zakaria, menambah kepada kebuntuan rencana taktikal Mat Saiful.
Namun, dia berharap barisan yang diturunkan mampu menjelmakan keputusan memberangsangkan meskipun bertandang ke tempat lawan.
"Sudah tentu moral dan motivasi para pemain sedang berkurangan tetapi saya berjarap mereka tetap fokus terhadapa setiap perancangan untuk menghadapi perlawanan akan datang.
"Ada beberapa pemain yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan dan penggantungan permainan, namun saya yakin pemain lain mampu menggalas tanggungjawab untuk memainkan peranan terbaik," katanya.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Penang #DemiLigaKita
;