Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kenny Pallraj optimis KL City ada peluang tutup kempen di pertengahan liga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kenny.jpg
Pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City, Kenny Pallraj, berharap pasukannya mampu bersaing dalam kempen Liga Super 2024/25 dan menamatkan saingan dalam kelompok enam mahupun tujuh terbaik selepas cabaran KL di pentas ACC Shopee Cup sudah berakhir.

Skuad Warga Kota itu kini berada di tangga ke-10 dalam aingan Liga Super 2024/25, dengan menyasarkan kedudukan lebih sempurna di pertengahan liga yang dianggap relevan buat pasukan itu.

Begitupun, hakikat perit terpaksa ditelan, KL City selepas mereka kehilangan pemain utama dalam tempoh yang Panjang seperti Brendan Gan serta Sean Giannelli.





Namun, Kenny tidak beranggapan hal itu sebagai halangan utama untuk The City Boys tampil berkesan menepati sasaran musim ini.

"Shopee Cup sudah berakhir, saya bangga dengan pasukan walaupun kami tidak mara namun kami pamerkan kualiti yang bagus.

"Saya harap dalam waktu ini kami akan dapat ganti pemain yang sedang cedera, kami perlu berikan yang terbaik dalam saingan liga kerana mempunyai harapan untuk tamatkan kempen di kelompok enam mahupun tujuh terbaik.

"Kami masuk ke padang untuk menang, pemain muda boleh beraksi dengan baik. Perlu berikan mereka peluang dan saya percaya mereka mempunyai masa depan yang cerah." katanya.

Advertisement

Must Watch Video