Kemenangan 3-0 yang diraih Kedah Darul Aman (KDA) FC ke atas Kelantan Darul Naim (KDN) FC dalam aksi kelima Liga Super 2024-2025 malam tadi terus meningkatkan keyakinan kelab itu untuk menghadapi saingan lebih getir pada separuh akhir Piala FA.
Pengendalinya, Nafuzi Zain, berkata momentum yang sedang diperolehi Sang Kenari itu juga meningkatkan motivasi semua pemainnya selepas mereka sedikit demi sedikit mengejar kelompok atasan Liga Super.
“Ini juga persediaan daripada segi moral dan keyakinan untuk kami menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
Tambah Nafuzi, KDA FC kini dibarisi ramai pemain yang bersiap-sedia untuk diturunkan dan ini merupakan satu perkembangan dan persaingan yang sihat untuk pasukan kendaliannya itu.
Menurutnya, pemain-pemainnya juga perlu bersedia untuk memberikan segala-galanya setiap kali diberikan peluang untuk beraksi, terutama dalam memenuhi hasrat penyokong untuk melihat pasukan itu meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.
“Pemain ini mempunyai kualiti yang berbeza dan kesesuaiannya beraksi dengan sesebuah pasukan itu. Sesetengah pemain memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan jurulatihnya, terutama pemain baru.
“Bagi saya, Milos Gordic, saya tidak mempunyai masalah cuma (dia masih mencari) jaringan sahaja, Insya-Allah selepas mendapat jaringan (keyakinan meningkat).
"Saya tahu dia kecewa kerana tidak dapat menjaringkan gol, namun jangan putus asa, selagi saya berpuas hati,(dengan prestasi semasanya),” katanya mengulas kegagalan penyerang itu.
Kejayaan menewaskan KDN FC menyaksikan skuad Nafuzi itu kini melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas lima perlawanan.
Sang Kenari seterusnya akan menghadapi separuh akhir Piala FA bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), pada 19 Julai ini di laman sendiri sebelum aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Ogos depan.
--Sinar Harian