Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kelantan United nafi kedudukan Tomas Trucha dalam bahaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tomas-trucha-kelantan-united.jpg
Pengarah Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz, menafikan dakwaan bahawa kedudukan ketua jurulatih pasukan itu, Tomas Trucha, sedang berada dalam bahaya.

Ia susulan prestasi hambar pasukan itu setakat lima perlawanan liga musim ini, di mana mereka menduduki tangga tercorot daripada empat pasukan dengan hanya satu keputusan seri dan empat kekalahan.

Tegas Wan Mohd Zul Ikman, skuad Kijang Hijau itu masih lagi menaruh kepercayaan penuh terhadap pengendali itu dan optimis mereka mampu bangkit sekembalinya saingan tempatan hujung bulan ini.

Pihak pengurusan Kelantan United juga akan mengadakan sesi 'bedah siasat' bagi mengenal pasti masalah utama yang sedang dihadapi mereka ketika ini.

"Setakat lima perlawanan, kami baru mendapatkan satu mata tetapi saya masih tidak panik," katanya kepada Astro Arena.

"Dalam tempoh sebulan ini, saya berada di luar negara dan memang saya akan mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan, termasuk ketua jurulatih, untuk mencari punca kami tidak mendapatkan mata yang diinginkan.

"Setakat ini, kami masih percaya dia mampu untuk melakukan sesuatu.

"Kepada peminat Kelantan United, berilah kami peluang untuk membuktikannya. Kita lupakan lima perlawnan pertama itu," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video