Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kelantan rencana formula khusus berdepan Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

coach-kelantan.jpg
Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim , Park Jae-hong, merencana taktikal khusus sebagai persiapan bertemu Kedah Darul Aman bagi menghadapi perlawanan kelima Liga Super 2024/25 malam esok.

Jae-Hong memaklumkan persediaan mereka sangat lancar dan barisan pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk meraih sesuatu yang positif di Stadium Darul Aman.

Jurulatih dari Korea Selatan itu turut mengakui Kedah pasukan yang kuat kerana mereka baru sahaja meraikan kemaraan ke separuh akhir Piala FA.

"Namun, kami tidak berdiam diri apabila sepanjang dua minggu liga bercuti, kami banyak latihan khusus dilakukan selain merencana beberapa taktikal untuk bertandang ke stadium lawan," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Jae-Hong juga positif apabila pemainnya berada dalam keadaan baik, bermotivasi, terus bersemangat dan bekerja keras untuk membawa pulang mata ke Kelantan.

Bagaimanapun, skuadnya mungkin kehilangan beberapa pemain kerana kecederaan dan demam tetapi perancangan mereka lancar selepas pasukan itu mendapat pengganti.

"Saya yakin semua pemain yang bertandang dapat melaksanakan tugasan mereka walaupun ada yang tidak dibawa kerana cedera tetapi pengganti mereka sama hebat," katanya.

Sebagai jurulatih berpengalaman, Jae-hong tidak menafikan pemain pasukan lawan seperti Syafiq Ahmad, Sony Norde serta beberapa lagi, boleh menyebabkan anak buahnya berdepan masalah besar.

"Penting bagi kami untuk mengekang mereka dan menggunakan setiap peluang yang diperoleh untuk jaringkan gol," katanya.

--Sinar Harian


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video