Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kehadiran Jese Rodriguez beri kesan besar -- Asmawi Bakiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mawi.jpg
Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, mengakui teruja dengan kehadiran bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo, Jese Rodriguez, yang terbukti kehebatannya untuk memperkuat barisan serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) lebih-lebih lagi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).

"Sudah pasti ia memberi kesan kepada Liga Malaysia sendiri dia (Jese Rodriguez) diturunkan kerana sudah pasti boleh menjarakkan lagi kekuatan JDT bersama pasukan lain.

 

"Sebelum ini tanpa Jese sekalipun, JDT sudah berada di tahap tersendiri," katanya.

Dalam masa sama, Asmawi turut memberi cadangan kepada Selangor yang sedang beraksi dalam ACL2 untuk membawa masuk pemain import berkualiti demi memastikan saingan kompetitif di peringkat Asia diteruskan. 
 

Advertisement

Must Watch Video