Liga Super: Kedah perlu buru tiga mata di laman sendiri -- Ifedayo
Ammar Hakim
Disember 2, 2023 16:02 MYT
Disember 2, 2023 16:02 MYT
Tonggak import Kedah Darul Aman, Ifedayo Olusegun, menggesa rakan sepasukan agar memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila melayani kunjungan Selangor malam ini.
Bekas penjaring terbanyak Liga Super itu percaya, kehadiran lautan penyokong Hijau Kuning yang dijangka membanjiri Stadium Darul Aman mampu menjadi suntikan semangat buat Sang Kenari.
Ifedayo turut menjangkakan tentangan sengit Gergasi Merah memandangkan kedua-dua pasukan turun dengan misi sama iaitu memburu tiga mata berharga.
Bagaimanapun, Ifedayo menegaskan pengendali pasukan, Nafuzi Zain, sudah memiliki rencana tersendiri bagi menghalang hajat besar skuad kendalian Tan Cheng Hoe ke pentas Asia.