Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: KDN buru 7 pemain berkualiti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ceo-kdn,-datuk-mohd-irwan-rizal.jpg
Kelantan Darul Naim (KDN) terlepas peluang untuk mendapatkn sekurang-kurangnya tujuh pemain berkualti untuk sama-sama membantu mereka pada musim depan.

Rentetan kelulusan penuh dari First Instant Body (FIB) diterima hanya kurang sebulan setengah sebelum saingan musim depan membuka tirai.

Ada rasa kekesalan pada riak wajah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDN, Datuk Mohd Irwan Rizal, yang menegaskan minggu ini bahawa minggu ini bakal menjadi yang paling sibuk untuk merekrut watak penting dalam skuad KDN bagi musim baru.

Menerusi pengumuman FIB semalam, KDN mendapat pelesenan penuh selepas melewati fasa dokumentasi yang memakan masa agak lama untuk penilaian.

"Saya sedih kerana ini sudah adalah masa yang kritikal. 




"Pemain Kelantan tidak dapat meterai kontrak tapi mereka perlu membuat pilihan.

"Memang mereka nak berkhidmat dengan negeri kelahiran tapi ini periuk nasi mereka. 

"Mereka berbincang dengan cara baik dan kami terpaksa lepaskan media. 

"Tidak ada sebarang tandatangan kontrak (selagi tidak mendapat kelulusan FIB).

"Kalau kami ikat ketua jurulatih dan pemain, bagaimana dengan nasib mereka dan kelab yang perlu mengeluarkan pampasan yang tinggi," katanya. 

Irwan tidak menolak kemungkinan nama bekas penolong jurulatih kebangsaan, E Elavarasan, sebagai calon utama untuk mengemudi KDN, selain pengisisan slot pemain import bakal diisi seramai lapan pemain.

"Saya sudah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan calon-calon jurulatih untuk dapatkan kata sepakat. 

"Kami akan mengisi kuota import mengikut kemampuan kewangan," katanya lagi. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video