LIGA SUPER MSIA

Liga Super: Katsuhito Kinoshi mahu Selangor perkuat mental menjelang Derbi Lembah Klang

Zikri Aziz 11/01/2025 | 13:42 MYT
Minggu ke-18 saingan Liga Super 2024/25 bakal menyaksikan derbi Lembah Klang antara Selangor menentang Kuala Lumpur (KL) City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, esok.
Selangor sememangnya memiliki kelebihan jika dilihat prestasi musim ini dengan kini menghuni kedudukan ke-2 liga dengan 35 mata selepas 16 perlawanan.
Namun pertemuan terakhir antara dua gergasi Lembah Klang itu sebelum ini menyaksikan Kuala Lumpur City benam cabaran Selangor 1-0 sekali gus mampu memberikan sedikit semangat buat skuad kendalian Miroslav Kuljanac beraksi di tempat lawan.
Namun Ketua Jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi menggesa barisan pemain Selangor untuk mempamerkan aksi cemerlang menjelang aksi pertama tahun 2025 ini.
"Pemain harus kekal fokus dalam perlawanan akan datang. Semuanya berjalan seperti yang dirancang, namun yang paling penting adalah menjaga mental buat perlawanan seterusnya. Saya yakin barisan pemain saya mampu buat demikian.
"Kondisi pemain dalam keadaan baik, saya tidak dapat katakan siapa yang akan beraksi nanti sekarang, saya percaya semua pemain saya ada peluang untuk beraksi." kata Tambah Katsuhito Kinoshi
#Selangor #Katsuhito Kinoshi
;