Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kapten El Salvador pengganti Ivan Mamut di Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nelson-bonilla.jpg
Kelab Liga Super, Terengganu FC (TFC), meningkatkan ketajaman penyudah skuad Penyu itu apabila merekrut pemain import baru, Nelson Bonilla, bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas, berkata Bonilla kelahiran San Salvador, El Salvador mengikat kontrak selama lapan bulan bermula 1 September 2024 hingga April 2025.

Katanya, pemain berusia 34 tahun itu, yang juga kapten pasukan kebangsaan El Salvador, pernah beraksi enam tahun di Liga Thailand dengan penampilan kali terakhir bersama kelab Sukhothai FC pada 2023.

Tambahnya, Bonilla menggantikan Ivan Mamut, yang masih tidak dapat beraksi berikutan kecederaan serius dan baru sahaja menjalani pembedahan ketiga di Croatia.

"Bonilla telah beraksi di peringkat antarabangsa sejak berusia 21 tahun. Dalam Liga Thailand, dia telah membuat 130 penampilan dan meledak 65 gol," katanya.

Sementara itu, pengendali Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner, menyifatkan Bonilla sesuai dengan corak permainan yang ditampilkan pasukan itu ketika ini.

tambahnya, kehadiran pemain berketinggian 1.79 meter itu diharap dapat menajamkan jentera serangan kelab Pantai Timur berkenaan, yang disifatkannya masih bermasalah.

--Sinar Harian

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video