Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kami perlu kekal profesional atas padang -- Ifedayo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ifedayo.jpg
Mengimbangi amanah dan bebanan tanpa gaji, bukan hal yang mudah, itu ditegaskan pemain import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ifedayo Olusegun, merujuk keadaan semasa di mana mereka perlu kekal profesional walaupun kekusutan di fikiran semakin terasa dengan isu gaji yang belum selesai.

Malah Ifedayo mengakui ada satu ketika situasi semasa turut membuatkan mereka terganggu dalam beberapa saingan penting melibatkan Kedah.

"Ia amat sukar, menjejaskan kami dalam beberapa perlawanan. Pemain terjejas dan gagal menghadirkan permainan yang terbaik," katanya. 

"Apa yang seharusnya menjadi milik anda tidak diberikan pada tepat masanya, ia semestinya menjejaskan setiap pemain."

Isu gaji seolah-olah terus menghantui pemain tersebut selepas pengalaman hitam bersama Melaka United juga masih belum selesai sehingga kini.

Namun, itu tidak bermaksud Ifedayo sudah berpatah arang dengan saingan Liga Malaysia.

"Saya menikmati masa beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Ia bukanlah sesuatu yang harus menjadi satu pengalaman yang mengecewakan kerana saya telah beraksi dalam banyak pasukan sebelum ini."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video