Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kami macam tak wujud -- Jurulatih KL City usai tewas kepada Kelantan TRW

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

risto.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Risto Vidakovic, bersetuju dengan pandangan peminat bahawa persembahan anak buah tidak memuaskan sehingga akur kepada Kelantan The Real Warriors 1-3 dalam perlawanan timbal balik pertama pusingan 16 Piala FA di Kota Bharu, semalam.

Meskipun rekod di atas kertas memihak kepada skuad Warga Kota, namun tuan rumah jelas mendominasi permainan dengan serangan diketuai bekas bintang Kedah, Ifedayo Olusegun.

Hadir dengan status gergasi susulan memiliki pemain ternama seperti Safawi Rasid, Manuel Hidalgo mahupun Paulo Josue, The City Boys tetap gagal membawa pulang kelebihan jaringan menjelang aksi kedua di Cheras nanti. 

"Kami tidak bermain dengan begitu baik, terutamanya pada separuh masa pertama.

"Kami perlu membuat pertukaran sekiranya mahu layak ke pusingan seterusnya.

"Kami mesti bermain dengan sepenuhnya di tempat sendiri nanti," kata Vidakovic.

 

Berkata mengenai prestasi keseluruhan, pengendali kelahiran Bosnia dan Herzegovina itu terpaksa menerima kekalahan itu dengan hati terbuka dan berterus terang tentang persembahan KL City.

"Saya sememangnya menjangkakan permainan seperti ini.

"Jika anda hilang fokus sebentar sahaja, ia akan menjejaskan keseluruhan permainan.

"Itu yang terjadi kepada kami. Kami seperti tidak wujud di separuh masa pertama.
Adidas Football Shoes

Kasut Bola Baru, Semangat Pun Baru

Selesa, ringan & tahan lasak — sesuai untuk sesi training mahupun game hujung minggu. Pilihan tepat untuk semua peminat bola.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video