'Kami hanya mahu tiga mata'
Itu penegasan daripada ketua jurulatih Imigresen, Yusri Che Lah, menjelang pertemuan menentang Penang dalam aksi minggu kesembilan Liga Super 2025/26 malam ini.
Meskipun dia sedar tekanan memihak kepada Imigresen, Yusri bagaimanapun percaya anak buahnya akan memberikan segala yang termampu bagi menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan terdahulu.
Jurulatih berusia 29 tahun itu berkongsikan hanya kemenangan mampu mengubah nasib dan situasi semasa pasukannya yang sedang bergelut di kelompok bawahan liga.
Lebih menyukarkan keadaan buat skuad 'The Mighty Tigers itu lagi apabila mereka bertandang ke Stadium Bandaraya tanpa khidmat beberapa tonggak utama antaranya pertahanan import, Amirali Chegini dan Nik Sharif Haseefy yang berada dalam senarai kecederaan di samping Nik Akif Syahiran yang berdepan penggantungan kad merah.
"Jika kita melihat daripada kedudukan kesembilan hingga ke-13. Satu mata akan mengubah kedudukan.
"Saya berpesan kepada mereka, andai kami tertekan dengan keputusan, maka keputusan tidak akan hadir kepada kita.
"Kami perlu berusaha dan semua pemain fahami tanggungjawab masing-masing. Kadangkala tekanan memberikan tonik tambahan." katanya.

Nike BIG Discount
Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat