Selangor meraikan kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila menewaskan Duli Pengiran Maha Mulia (DPMM) 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Ketua jurulatihnya, Katsuhito Kinoshi, tampak berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang menonjolkan permainan bertenaga di hadapan penyokong sendiri.
Sebagai pengajaran berguna sewaktu tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Gergasi Merah memanfaatkan peluang dengan memperkasa struktur serangan sehingga wakil Brunei itu tidak mampu menahan asakan.
Pertahanan Thailand, Kevin Deeromram, menyumbat dua gol penting ditambah sentuhan Chrigor Moraes untuk naib juara Piala FA itu berjaya mendapatkan tiga mata pertama liga.
"Saya berbangga dengan semua pemain.
"Mereka menampilkan perubahan dengan baik sejak kalah kepada JDT, minggu lalu.
"Jadi saya sangat berpuas hati," katanya.
Namun, pengendali kelahiran Jepun itu berpendapat bahawa Selangor berupaya menggandakan jaringan berikutan percubaan demi percubaan dibuat.
"Tetapi, sedikit kecewa kerana kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.
"Dalam bola sepak, 3-0 adalah bagus tapi bagi saya kami boleh cari gol lagi.
"Sekurang-kurangnya kami dapat tiga mata penuh.
"Tewas 0-3 dan kemudian menang 3-0 adalah okey.
"Pemulaan semula yang sempurna," tambahnya
Dapatkan Jersey Selangor Anda

Jersey Selangor, Gaya & Sokongan Dalam Satu
Lengkapkan gaya anda dengan jersey rasmi Selangor yang penuh prestij dan rekaan moden. Sesuai untuk perlawanan di stadium atau hangout bersama kawan-kawan.
Dapatkan Jersey Selangor Anda