Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kaka jatuh cinta dengan corak permainan Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azfar-fikri.jpg


Pemain baru Perak, Azfar Fikri Azhar, mengakui jatuh cinta dengan corak permainan pasukan The Bos Gaurus itu, sekali gus menjadi faktor utama mengapa dia sanggup meninggalkan Terengganu untuk menyertai kelab berkenaan musim ini.


Pemain yang mesra dipanggil Kaka itu pernah memperkasakan skuad B-23 negara dan kini berharap penghijrahan itu mampu menerbitkan lebih banyak kegemilangan buat dirinya, terutama di pentas Liga Super.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia berkata: "Selepas kontrak saya bersama Terengganu tamat, saya tanyakan kepada ejen saya jika ada tawaran daripada pasukan lain.

"Dan dia memberitahu saya ada tawaran daripada Perak, jadi saya terus memberikan persetujuan kepadanya tanpa berfikir panjang.

"Kerana kita dapat lihat cara permainan Perak sewaktu separuh akhir (Piala Malaysia). Memang saya tertarik.

"Saya lihat corak permainan mereka lawan JDT (Johor Darul Ta'zim) memang sangat cantik dan saya gemarkan cara (ketua jurulatih) Yusri Che Lah membentuk pemain muda.

"Jadi, saya rasa ia merupakan peluang saya untuk menaikkan lagi nama saya," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video