Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: K. Devan puji aksi 'bidan terjun' Tommy Mawat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

k-devan.jpg
Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan, memuji aksi 'bidan terjun' yang dipamerkan Tommy Mawat Bada sewaku menewaskan PDRM 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Petaling Jaya semalam.

Tommy Mawat, yang sebelum ini bertindak sebagai pemain sayap, dipertaruhkan buat kali pertama di posisi pertahanan tengah.

Percaturan berani mati itu terpaksa dilakukan Devan susulan penggantungan perlawanan yang sedang dijalani Safuwan Baharudin dan Che Rashid Che Halim.

Bagaimanapun, percaturan itu jelas membuahkan hasil.

"Kami mempamerkan aksi teratur di bahagian pertahanan dan cara kami bertahan memang kompak," katanya seperti yang dipetik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Kami tidak lakukan banyak kesilapan dan ini adalah perlawanan di gelanggang lawan.

"Jika mereka diberikan lebih banyak peluang beraksi, mungkin gandingan ini boleh bertambah baik dengan persefahaman antara satu sama lain," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video