Pemain import Negeri Sembilan, Jovan Motika, mengintai peluang untuk kembali menghantui Selangor menjelang pertemuan Liga Super pada Ahad ini.
Penggempur kelahiran Bosnia itu menjadi nadi penting skuad Jang musim ini sambil melaungkan amaran tiada jalan mudah akan diberikan kepada sebarang lawan.
"Setelah pertemuan dengan JDT (Johor Darul Ta'zim), kami buktikan kemampuan untuk bersaing dengan sesiapa sahaja.
"Kami tidak gentar, ini wajah baru Negeri Sembilan.
"Kami mahu mencabar semua pasukan," katanya.
Penyudahnya cukup berbisa apabila sudah meledak empat gol dalam dua perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) setakat ini dan kemenangan bergaya 5-0 ke atas PDRM dalam aksi Piala FA malam tadi, sekali gus meningkatkan keyakinannya untuk merobek gawang tuan rumah di Paroi kelak, sekali gus mengulangi jaringan menarik ketika membantu Kuala Lumpur City membenam seteru Lembah Klang tersebut musim lalu.
"Jaringan paling menarik saya adalah ketika bertemu Selangor.
"Saya harap dapat mengulanginya," katanya.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang