Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Jordan Mintah wira Kuching City atasi Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jordan-mintah-kuching_1.jpg
Kuching City membuktikan mereka sememangnya pesaing kelompok atasan Liga Super musim ini apabila mengatasi Sabah 1-0 dalam aksi 'Derby Borneo' di Stadium Likas sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, Jordan Mintah memperoleh tonik terbaik sebelum menyarung jersi Harimau Malaya apabila menjadi wira Kuching City dengan jaringan kemenangannya pada minit ke-74.

Penyerang berusia 30 tahun itu mendapat panggilan kebangsaan pertamanya sejak bergelar pemain naturalisasi pada penghujung Ogos lalu bagi dua pertemuan menentang Laos dalam pusingan kelayakan Piala Asia bulan ini.

Dengan status barunya itu, Mintah menjadi tumpuan dalam perlawanan kali ini tetapi itu tidak menghalangnya untuk memperoleh jaringan, di mana dia menanduk masuk bola daripada lintangan gemilang Scott Woods dari sebelah kiri.

Kemenangan itu menyaksikan Kuching City kini berada di tangga keempat Liga Super dengan 13 mata dan masih berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Sabah, dalam pada itu, kian terperosok di tangga kedua tercorot di tangga ke-12 dan masih belum menemui sebarang kemenangan selepas enam perlawanan.


 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video